Kes harian Indonesia 11,287

JAKARTA 17 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 11,287 kes, berkurangan daripada semalam, 14,224, jumlah kes harian tertinggi setakat ini.

Berikutan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan setakat ini adalah 907,929 dengan kes aktif pula sebanyak 145,482.

Sebanyak 220 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 25,987 kematian atau 2.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagi kes sembuh pula, jumlah yang direkodkan adalah 9,102 orang sekaligus membawa kepada 736,460 orang pesakit pulih.

Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 3,775 dengan kumulatifnya 201,669, diikuti Jawa Barat menambah sebanyak 1,582, Jawa Timur 985, Sulawesi Selatan 506, Kalimantan Timur 396ndan Jawa Tengah 201.

Jakarta juga merekodkan kes jangkitan harian tertinggi sebanyak 3,395 dengan jumlah kumulatif 227,365, diikuti Jawa Tengah 1.885, Jawa Barat 1,491, Jawa Timur  974 dan Sulawesi Selatan 674.

Bagi kes kematian, kes tertinggi adalah di Jawa Timur sebanyak 57 kes, Jawa Tengah 42, Jakarta 33, Kalimantan Timur 13 dan Jawa Barat 11.

Related posts

Leave a Comment