Arab Saudi catat 140 kes baharu

RIYADH 16 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi mengesahkan 140 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan lima lagi pesakit meninggal dunia. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 364,753 serta 6,318 kematian. MoH juga merekodkan 159 kes pesakit pulih daripada jangkitan virus yang membawa kepada jumlah keseluruhan 356,541 kes atau 97.74 peratus. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 58 diikuti Makkah 28 dan wilayah Timur 26. Sementara itu, kes aktif pula 1,894 di mana 321 kritikal.

Read More

230 kes baharu di Thailand

THAILAND merekodkan 230 kes baharu positif Covid-19 dan seorang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,680 kes dan 70 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan seorang lelaki warga emas 67 tahun, dari Bangkok yang menghidap radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang. Daripada 230 kes jangkitan, 83 adalah mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit sebelum ini atau mengunjungi kawasan berisiko tinggi sementara yang lain melalui pengesanan kes aktif. Sebanyak 209 adalah kes tempatan manakala 21 kes import melibatkan mereka yang pulang dari luar negara dan…

Read More

32 cuba ‘merentas’ dikompaun

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Seramai 32 individu yang cuba merentas negeri dan daerah dikompaun dalam operasi mengesan mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 472 individu ditahan dengan 452 dikompaun dan 15 orang direman atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP. Kesalahan lain adalah 182 tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (85), premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65) dan lain-lain (42) Sehingga semalam sebanyak 54,292 pemeriksaan telah dijalankan…

Read More

24 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 24 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini. Ini termasuk lima kes jangkitan tempatan di mana empat melibatkan kes dalam masyarakat dan satu lagi kes adalah penduduk di sebuah asrama pekerja asing. Sebanyak 19 lagi kes adalah import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Sementara itu tiga pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) yang mempunyai kontak rapat dengan seorang pembantu doktor haiwan yang diuji positif Covid-19, sudah pun dikuarantin SPF juga memaklumkan, 25 ekor anjing polis…

Read More

Indonesia catat 14,224 kes harian

JAKARTA 16 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia semakin meningkat apabila angka positif hari ini merekodkan 14,224 kes berbanding semalam yang dikatakan tertinggi iaitu sebanyak 12,818. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 896,642 kes. Bagaimanapun jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 8,662 lagi pesakit dilaporkan sembuh berbanding semalam 7,491. Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah  727,358. Menurut laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah kematian menunjukkan peningkatan apabila 283 pesakit dilaporkan meninggal dunia sekaligus menjadikan jumlah kematian yang direkodkan adalah…

Read More

Covid-19 di Sabah cecah 43,251 kes

KOTA KINABALU 16 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 449 kes  positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 kes dengan empat kematian direkodkan iaitu tiga di Lahad Datu dan satu di Tuaran.. Sebanyak 379 pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,989 orang. Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 77 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daripada…

Read More

PKPB di Sarawak dua minggu

KUCHING 16 Jan. – Sarawak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu selama 14 hari bermula Isnin ini hingga 31 Januari susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak beberapa hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Douglas Uggah Embas berkata arahan PKPB itu tertakluk kepada semua bahagian di Sarawak kecuali Sibu yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 29 Januari .  Sebelum ini, Sarawak diletak di bawah PKP Pemulihan (PKPP) susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas. Hari ini, Sarawak mencatat 69 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri…

Read More

Sesi persekolahan ditangguh

PUTRAJAYA 16 Jan. – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19. Sesi persekolahan bersemuka hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara. KPM dalam satu kenyataan berkata, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula…

Read More

Kluster kenduri kahwin catat 21 kes

PUTRAJAYA 16 Jan. – Sebanyak 641 kluster dilaporkan setakat ini termasuk enam kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah 356, termasuk lima yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 285 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes). Enam kluster baharu…

Read More

Selangor 1,466 kekal kes tertinggi

SELANGOR hari ini masih kekal dengan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus). Selangor: 1,466 kes  486 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 675 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 305 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Johor: 719 kes 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 163 kes…

Read More