Selangor 1,466 kekal kes tertinggi

SELANGOR hari ini masih kekal dengan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).

  • Selangor: 1,466 kes 
    • 486 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 675 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 305 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 719 kes
    • 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 163 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sembrong, Kluster Tembok Nanas, dan Kluster Senai Cyber;
    • 143 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 449 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 335 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

Related posts

Leave a Comment