Covid-19 di Sabah cecah 43,251 kes

KOTA KINABALU 16 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 449 kes  positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 kes dengan empat kematian direkodkan iaitu tiga di Lahad Datu dan satu di Tuaran..

Sebanyak 379 pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,989 orang.

Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 77 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 449 kes positif yang direkodkan, sebanyak 338 kes (75.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (17.1%), saringan kluster-kluster sedia ada 7 kes (1.6%) dan rentas negeri 4 kes (0.9%) dan 23 kes (5.1%) adalah daripada lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,036 unit manakala , di PKRC Awam pula berjumlah 4,593 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,729 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 43.94%.

Sementara itu Daerah Nabawan berubah dari zon kuning ke zon jingga dan tiada

kluster baharu dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment