24 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 24 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini.

Ini termasuk lima kes jangkitan tempatan di mana empat melibatkan kes dalam masyarakat dan satu lagi kes adalah penduduk di sebuah asrama pekerja asing.

Sebanyak 19 lagi kes adalah import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Sementara itu tiga pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) yang mempunyai kontak rapat dengan seorang pembantu doktor haiwan yang diuji positif Covid-19, sudah pun dikuarantin

SPF juga memaklumkan, 25 ekor anjing polis yang dikendalikan pembantu doktor haiwan itu sepanjang dua minggu lalu sebelum beliau mengalami simptom, turut diuji bagi Covid-19 dan kesemua haiwan itu didapati negatif.

Related posts

Leave a Comment