230 kes baharu di Thailand

THAILAND merekodkan 230 kes baharu positif Covid-19 dan seorang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,680 kes dan 70 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan seorang lelaki warga emas 67 tahun, dari Bangkok yang menghidap radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

Daripada 230 kes jangkitan, 83 adalah mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit sebelum ini atau mengunjungi kawasan berisiko tinggi sementara yang lain melalui pengesanan kes aktif.

Sebanyak 209 adalah kes tempatan manakala 21 kes import melibatkan mereka yang pulang dari luar negara dan diuji positif.

Mereka termasuk 18 warga Thai tiba dari Jerman (3), Qatar (1) Ethiopia (1), Russia (1), Amerika Syarikat (1), United Kingdom (7), Turki (6) and Malaysia (1). Semua mereka dikuarantin.

Daripada 11,680 kes yang direkodkan, sebanyak 8,906 (76.25%) pulih termasuk 618 yang sembuh dalam tempoh 24 jam lalu manakala 2,704 masih dirawat di hospital.

 

Related posts

Leave a Comment