32 cuba ‘merentas’ dikompaun

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Seramai 32 individu yang cuba merentas negeri dan daerah dikompaun dalam operasi mengesan mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 472 individu ditahan dengan 452 dikompaun dan 15 orang direman atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP.

Kesalahan lain adalah 182 tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (85), premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65) dan lain-lain (42)

Sehingga semalam sebanyak 54,292 pemeriksaan telah dijalankan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu,  seramai 65 pendatang tanpa izin (PATI) berjaya ditahan serta empat buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Related posts

Leave a Comment