Arab Saudi catat 140 kes baharu

RIYADH 16 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi mengesahkan 140 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan lima lagi pesakit meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 364,753 serta 6,318 kematian.

MoH juga merekodkan 159 kes pesakit pulih daripada jangkitan virus yang membawa kepada jumlah keseluruhan 356,541 kes atau 97.74 peratus.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 58 diikuti Makkah 28 dan wilayah Timur 26.

Sementara itu, kes aktif pula 1,894 di mana 321 kritikal.

Related posts

Leave a Comment