PKPB di Sarawak dua minggu

KUCHING 16 Jan. – Sarawak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu selama 14 hari bermula Isnin ini hingga 31 Januari susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Douglas Uggah Embas berkata arahan PKPB itu tertakluk kepada semua bahagian di Sarawak kecuali Sibu yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 29 Januari . 

Sebelum ini, Sarawak diletak di bawah PKP Pemulihan (PKPP) susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas.

Hari ini, Sarawak mencatat 69 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri itu meningkat kepada 2,049.

Timbalan Ketua Menteri I itu turut memaklumkan bahawa pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kawasan PKP dan PKPB di Sarawak akan diselaras mengikut pengumuman KPM sebelum ini.

Related posts

Leave a Comment