93 juta kes global, 1.9 juta kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini meningkat kepada 93,044,567 kes setelah lebih 900,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University juga menunjukkan peningkatan kes kematian apabila setakat pukul 10 pagi ini sebanyak 1,991,921 kes dilaporkan.

Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 23,302,738 kes dan 388,461 kematian.

Ini diikuti India dengan 10,512,093 kes dengan jumlah kematian 151,727 (tempat ketiga) dan Brazil 8,324,294 kes dengan 207,095 kematian, di kedudukan kedua tertinggi.

Rusia dan United Kingdom (UK) masing-masing melepasi tiga juta kes dengan catatan 3,459,237 dan 3,269,725.

Lima negara melepasi dua juta kes iaitu Perancis 2,909,672, Turki 2,364,801, Itali 2,336,279, Sepanyol 2,211,967 dan Jerman 2,004,011.

Lebih satu juta kes direkodkan lapan negara iaitu, Colombia  1,849,101, Argentina 1,770,715, Mexico 1,571,901, Poland 1,414,362, Iran 1,311,810, Afrika Selatan 1,296,806, Ukraine  1,175,343 dan Peru 1,040,231.

Sementara itu Netherlands merekodkan 908,284, Indonesia 869,600, Czechia 866,522, Kanada 693,658, Romania 684,917, Belgium 670,249, Chile 656,712, Iraq 606,186, Israel  529,814, Banladesh 525,723, Sweden 518,783, Portugal 517,806 dan Pakistan 511,921.

Sekurang-kurangnya 48 negara sudah merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan.

Bagi kes kematian pula, Mexico di tempat keempat tertinggi iaitu 136,917, diikuti UK 86,163, Itali 80,848, Perancis  69,452, Rusia 63,016, Iran dan Sepanyol 53,079.

Colombia pula merekodkan 47,491 kematian, Argentina  45,125, Jerman 44,672, Peru 38,399, Afrika Selatan 35,852, Poland 32,456,  Indonesia 25,246, Turki 23,495, Ukraine 21,300 dan Belgium 20,250.

Sekurang-kurangnya 10 negara merekodkan lebih 10,000 kematian iaitu Kanada, Chile, Romania, Ecuador, Czechia, Iraq, Netherlands, Hungary, Pakistan dan Sweden.

Related posts

Leave a Comment