RIYADH 15 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah paras 200 apabila 173 kes baharu direkodkan hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 364,613 dengan kes aktif 1,918, di mana 310 kritikal. Bagi tempoh yang sama sebanyak tiga pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,313 kematian. Kementerian juga merekodkan 181 kes pulih yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh 356,382 orang atau 97.74 peratus. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 66 kes diikuti…
Read MoreDay: January 15, 2021
Singapura catat 30 kes baharu
SINGAPURA melaporkan 30 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, Jumaat (15 Januari ) yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 59,059 dengan kematian kekal…. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 29 kes adalah kes import dan satu kes jangkitan dalam masyarakat melibatkan seorang wanita warga Singapura berusia 57 tahun yang merupakan seorang suri rumah. Tiada kes di asrama pekerja asing. Wanita itu yang dikenali sebagai Kes 59321, tidak mengalami gejala dan dikesan ketika dia mengambil ujian Covid-19 prapelepasan pada 13 Januari sebagai persiapan bagi lawatan ke Vietnam. Sementara itu, baki…
Read More188 kes baharu di Thailand
BANGKOK 15 Jan. – Sebanyak 188 kes baharu Covid-19 direkodkan yang melibatkan 154 kes jangkitan tempatan dan 34 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,450. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Taweesilp Visanuyothin, berkata, daripada 34 kes import, 21 adalah mereka yang dikuarantin selepas ketibaan di Thailand. Enam orang yang tiba dari Jerman, tifa dari Turki, dan seorang masing-masing dari Belgium, Czechia, Mesir, Hungary, Kuwait, Pakistan, Filipina, Russia, Switzerland, Sudan, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS). Tiga belas lagi adalah dari Myanmar . Daripada 11,450 kes, sebanyak 8,288…
Read MoreKes harian Indonesia 12,818
JAKARTA 15 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam. Selepas mencatatkan 11,557 kes semalam yang dianggap tertinggi, kes yang direkodkan hari ini adalah tertinggi setakat ini apabila mencatatkan 12,818 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 882,418 kes. Sebanyak 238 pesakit meninggal dunia dan manakala jumlah keseluruhan kematian kepada 25,484 orang Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 220,434 kes manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan iaitu 6,779…
Read MoreFilipina catat 1,912 kes harian
MANILA 15 Jan. – Jika semalam 1,912 kes, hari ini Filipina merekodkan 2,048 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 496,646 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 137 pesakit meninggal dunia menjadikan 9,876 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 459,737 apabila 551 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala kes aktif pula 27,033.
Read MoreMaro : PKP PakatKurungPlok
PKP PakatKurungPlok
Read MoreHati-hati persoal SOP masjid
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan aktiviti atau pembukaan masjid bukan di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara tersebut terletak di bawah bidang kuasa sultan, raja dan pihak berkuasa agama Islam negeri. “Saya terima banyak aduan, termasuk daripada penceramah yang menyalahkan MKN berkenaan SOP ketat aktiviti di masjid. “Contoh, jika masjid dibuka untuk lima orang sahaja, satu pertiga atau satu perdua daripada kapasiti masjid, maka keputusan terbabit adalah di bawah perkenan sultan di negeri…
Read More351 kluster tamat, 284 masih aktif
PUTRAJAYA 15 Jan. – Sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan menjadikan 635 kluster di mana 351 tamat termasuk empat hari ini iaitu Kluster Bah Medan, Kluster Jalan Dalam, Kluster Nibong, dan Kluster Dermaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 284 di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 85 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir (171 kes), Kluster Tapak Bina Damai (130 kes), dan Kluster Beringin (112 kes). Sementara itu, 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada…
Read MoreSelangor mendahului negeri lain
SELANGOR masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 889 kes (27.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 658 kes (74.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (16.7 peratus) dan Sabah sebanyak 514 kes (16.0 peratus).
Read MoreTidak perlu risau berambut panjang
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Anak-anak tidak perlu risau berambut panjang ke sekolah sekiranya keadaan itu disebabkan perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami sebilangan ibu bapa tertanya-tanya bagaimana dengan keadaan rambut anak-anak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebilangan besar pula sedia maklum dengan peraturan bahawa setiap pelajar sekolah harus berambut pendek dan kemas. Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat keputusan walaupun berambut panjang, pelajar dibenar ke sekolah tanpa tindakan guru kerana kedai gunting masih tidak dibenarkan beroperasi.
Read More