Op Benteng tahan 50 PATI

OPERASI Benteng (Op Benteng) berjaya menahan 88 pendatang asing tanpa izin (PATI), empat tekong dan seorang penyeludup semalam serta merampas lapan kenderaan darat.

Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka ditahan ketika 82 sekatan jalan raya Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Sementara itu seramai 50 individu yang enggan memakai pelitup muka dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah antara 101 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Khamis.

Bagi kesalahan enggan memakai pelitup muka di tempat sepatutnya adalah 26 individu manakala yang ingkar PKPD sebanyak 24 individu.

Ismail Sabri  berkata, ia diikuti kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal sebanyak 19 individu, gagal menyediakan peralatan/ merekod butiran diri (13 individu), tangkapan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) (10 individu), aktiviti dalam kelab malam (enam individu) dan tiga ditahan kerana premis beroperasi lebih masa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 86 individu dikompaun manakala 15 lagi direman.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 56,758 pemeriksaan semalam (17 September 2020) bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP,.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, pematuhan juga melakukan pemantauan di 3,569 pasar raya, restoran (4,811 premis), penjaja (1,380 premis), kilang (1,029 premis), bank (1,137 premis) dan 718 pejabat kerajaan.

Related posts

Leave a Comment