PENDAKWAH tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk turut menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurut perkongsian yang dibuat beliau menerusi laman Instagramnya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehnya itu adalah keluaran Sinopharm.

Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya.

Beliau yang berasal dari Zimbabwe dan cukup terkenal di seluruh dunia termasuk dalam kalangan pengguna media sosial, membuktikan bahawa umat Islam tidak perlu was-was dengan suntikan tersebut.

Related posts

Leave a Comment