Berapa pula kes harian pada Jumaat

BERAPA pula nombor atau angka Covid-19 hari ini? Di Malaysia, semakin ramai pula yang terkena jangkitan Covid-19. Nama-nama VIP yang sedang dilanda virus politik juga tidak terkecuali.

Ramai ahli,politik sama ada yang berjawatan menteri Kabinet atau tidak sudah disahkan positif.

Semalam, 14 Januari, kita di Malaysia dikejutkan dengan jumlah kes tertinggi iaitu 3337.

Sebelum itu pun sudah ada ‘angka tertinggi’. Kes harian tertinggi bermula pada 26 Disember 2020 dengan 2335 kes kemudian 2525 pada 31 Disember 2020.

Pada 6 Januari 2021, angka itu naik kepada 2593, diikuti hari berikutnya 3027 dan 12 Januari 3309 sehinggalah semalam 3337.

Situasi yang sama juga berlaku di negara jiran kita. Peningkatan kes berlaku setiap hari, begitu juga kematian.

Indonesia contohnya merekodkan kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 11,557. Begitu juga dengan Filipina yang menunjukkan peningkatan kes.

Thailand yang pada peringkat awal agak perlahan kes jangkitan kini mula menunjukkan pertambahan lebih-lebih lagi kes import.

Hanya Brunei yang nampak terkawal setakat ini. Kes terakhir yang direkodkan negara itu adalah kes import pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, lebih 250 hari Brunei Darussalam tanpa mencatatkan kes jangkitan tempatan.

Berdasarkan situasi semasa, Covid-19 akan terus meningkat. Sehingga vaksin mula menunjukkan kesan, wabak ini terpaksa dihadapi dengan mematuhi SOP di samping pelbagai ikhtiar lain.

SOP juga adalah salah satu ikhtiar yang perlu diikuti.

Related posts

Leave a Comment