Kes harian Indonesia 12,818

JAKARTA 15 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan  apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 11,557 kes semalam yang dianggap tertinggi, kes yang direkodkan hari ini adalah tertinggi setakat ini apabila mencatatkan 12,818 kes.

Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 882,418 kes.

Sebanyak 238 pesakit meninggal dunia dan manakala jumlah keseluruhan kematian  kepada 25,484 orang 

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 220,434 kes manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan iaitu 6,779 orang.

Related posts

Leave a Comment