173 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah paras 200 apabila 173 kes baharu direkodkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 364,613 dengan kes aktif 1,918, di mana 310 kritikal.

Bagi tempoh yang sama sebanyak tiga pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,313 kematian.

Kementerian juga merekodkan 181 kes pulih yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh 356,382 orang atau 97.74 peratus.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 66 kes diikuti Makkah 43 dan wilayah Timur 32 kes.

Related posts

Leave a Comment