Filipina catat 1,912 kes harian

MANILA 15 Jan. – Jika semalam 1,912 kes, hari ini Filipina merekodkan 2,048 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 496,646 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 137 pesakit meninggal dunia menjadikan 9,876 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 459,737 apabila 551 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala kes aktif pula 27,033.

Related posts

Leave a Comment