Minggu pertama tanpa kelas akademik

PUTRAJAYA 4 Mac – Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula pada 10 dan 11 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

Beliau berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

“Perkara berkenaan akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum terbabit dikekalkan sepanjang tahun,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 di sini, hari ini.

Pada hari kedua atau ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan dan ini menuntut kebijaksanaan pentadbir di sekolah untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan.

Sesi persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini.

Manakala, kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula dibuka bermula 11 Mac ini.

Related posts

Leave a Comment