188 kes baharu di Thailand

BANGKOK 15 Jan. – Sebanyak 188 kes baharu Covid-19 direkodkan yang melibatkan 154 kes jangkitan tempatan dan 34 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,450.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Taweesilp Visanuyothin, berkata, daripada 34 kes import, 21 adalah mereka yang dikuarantin selepas ketibaan di Thailand.

Enam orang yang tiba dari Jerman, tifa dari Turki, dan seorang masing-masing dari Belgium, Czechia, Mesir, Hungary, Kuwait, Pakistan, Filipina, Russia, Switzerland, Sudan, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS).

Tiga belas lagi adalah dari Myanmar .

Daripada 11,450 kes, sebanyak 8,288 kes atau 72.3% telah pulih termasuk 628 yang sembuh dalam tempoh 24 jam manakala kes kematian kekal 69.

Related posts

Leave a Comment