351 kluster tamat, 284 masih aktif

PUTRAJAYA 15 Jan. – Sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan menjadikan 635 kluster di mana 351 tamat termasuk empat hari ini iaitu Kluster Bah Medan, Kluster Jalan Dalam, Kluster Nibong, dan Kluster Dermaga.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 284 di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 85 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir (171 kes), Kluster Tapak Bina Damai (130 kes), dan Kluster Beringin (112 kes).

Sementara itu, 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER JALAN TELOK GONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Telok Gong, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 191 individu disaring, di mana 108 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LINGKARAN LINTANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk gabungan nama lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Lingkaran Sultan Hishamuddin dan Lintang Sultan Mohamad 1B, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari, sejumlah 205 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

.

  • KLUSTER PERSIARAN SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COvid-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Persiaran Southkey. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 209 individu disaring, di mana 61 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KLUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137341) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Berikutan kes indeks yang dilaporkan tersebut, saringan dijalankan ke atas kontak rapat di tempat kerja kes indeks dan seramai 17 lagi individu dikesan positif. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Kluang. Sehingga 15 Januari, sejumlah 42 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG PERANI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110214) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 81 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LADANG BATURONG

Kluster ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131469) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini berpunca dari sebuah majlis keraian tertutup dan seterusnya telah merebak kepada pekerja-pekerja yang tinggal di Perumahan Pekerja, Ladang IOI Baturong 3, Kunak. Sehingga 15 Januari, sejumlah 1,625 individu disaring, di mana 54 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LADANG MATAMBA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah ladang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif  iaitu di Ladang Matamba, Lahad Datu. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 89 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif berlaku  iaitu di Alam Damai, Cheras. Sehingga 15 Januari, sejumlah 161 individu disaring, di mana 130 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PONDOK HIDAYAH

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138166) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Januari 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini berlaku iaitu di Pondok Hidayah yang terletak di Batu 31, Machang, Kelantan. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 100 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KOTA ROAD

Kluster ini melibatkan daerah Kinta dan Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133240) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks iaitu di sebuah bank di Jalan Kota, Taiping, Perak. Sehingga 15 Januari, sejumlah 54 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEMBOK KEMUS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Penjara Satelit A’Famosa yang terletak di Jalan Kemus Lama, Alor Gajah. Sehingga 15 Januari , sejumlah 151 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RESTORAN PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah restoran di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120817) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Januari 2021. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 29 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment