Kes Covid-19 di Singapura kini 58,946

SINGAPURA 13 Jan. – Sebanyak 17 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari semalam (12 Januari ) yang membawa jumlah keseluruhan kes di Singapura meningkat kepada 58,946.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tiada kes jangkitan tempatan atau di asrama pekerja asing dilaporkan dan kesemua kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura.

Kes yang dilaporkan adalah seorang lelaki Singapura, 83 yang pulang dari India, dua penduduk tetap yang pulang dari India dan Amerika Syarikat, 13 pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia, Myanmar dan Filipina, termasuk 12 pembantu rumah asing.

Baki satu kes melibatkan seorang anak kapal yang memegang Pas Khas dan tiba dari Jepun dalam sebuah kapal. Beliau diuji positif Covid-19 sebaik sahaja tiba di Singapura, dan kemudian dihantar ke hospital di mana hasil ujiannya didapati positif.

MoH juga melaporkan sebanyak 26 lagi kes Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah pulih 58,694.

Terdapat 53 kes yang masih berada di hospital, sebilangan besarnya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Satu kes dirawat di unit jagaan rapi sementara

170 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat manakala kematian kekal 29.

Related posts

Leave a Comment