Trump nafi jadi punca rusuhan

PRESIDEN Donald Trump menolak dakwaan ucapannya baru-baru ini menjadi punca  tercetusnys rusuhan ganas di bangunan Capitol minggu lalu sebaliknya menyatakan

apa yang diucapankannha kepada penyokongnya adalah sesuatu yang wajar.

Menurut Trump, ucapannya boleh dilihat dan dibaca di akhbar dan media dan orang

berpendapat bahawa apa yang dikatakannya benar-benar sesuai.

“Jika anda melihat apa yang orang lain katakan, ahli politik lain yang menyebabkan rusuhan mengerikan di Portland, Seattle dan pelbagai tempat lain, itu adalah masalah sebenar.

“Tetapi mereka menganalisis ucapan dan kata-kata dalam perenggan terakhir saya, ayat terakhir saya, dan semua orang menganggapnya betul,” tegasnya.

Trump yang dilihat muncul dalam satu majlis dengan orang awam buat kali pertama selepas insiden di Capitol juga mencabar bakal presiden Joe Biden untuk meneruskan rancangan penyingkirannya mengikut Pindaan 25.

“Pindaan ke-25 tidak berisiko bagi saya, tetapi akan kembali menghantui Joe Biden dan pentadbirannya. Berhati-hatilah dengan apa yang anda mahukan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa minit sebelum penyokongnya menyerbu Capitol, Trump mendorong mereka untuk berarak di bangunan itu ketika penggubal undang-undang menghitung semula undi electoral college yang mengesahkan kemenangan Biden.

Trump, selama berbulan-bulan juga menyebarkan dakwaan tidak berasas bahawa pilihan raya November lalu adalah satu penipuan.

Serangan di bangunan Capitol minggu lalu telah mengakibatkan lima orang maut.

Mangsa terdiri daripada seorang pegawai polis yang bertugas di bangunan tersebut serta seorang wanita yang ditembak ketika rusuhan.

Related posts

Leave a Comment