Batalkan gantung Parlimen, DUN

KERAJAAN digesa membatalkan tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Ahli Parlimen membangkitkan kelemahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna kuasa dan kesukaran rakyat dalam sidang Parlimen. “Atas sebab ini, penggantungan Parlimen dan DUN harus dibatalkan bagi membenarkan para Ahli Parlimen membangkitkan dan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menawarkan langkah-langkah kewangan segera yang disertakan bersama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian. “Sekiranya…

Read More

175 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 13 Jan. – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 165 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 364,271 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 156 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menambah jumlah pesakit pulih kepada 356,013 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,304 kes apabila empat lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala kes aktif 1,954 dengan 307 kritikal. Wilayah Timur Saudi merekodkan kes jangkitan tertinggi hari ini iaitu 45 kes, diikuti  Riyadh dan Makkah masing-masing 43 kes dan wilayah Madinah sembilan kes.

Read More

Thailand catat 157 kes baharu

BANGKOK 13 Jan. – Thailand merekodkan 157 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 10,991. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 132 kes adalah penularan tempatan manakala 25 lagi kes import. Kes import melibatkan ketibaan dari Iceland, Amerika Syarikat, Jerman dan Qatar sementara 21 lagi dari Myanmar. Bagi kes tempatan pula, 24 kes di Bangkok termasuk seorang bayi sembilan bulan, 15 di Samut Prakan dan 25 Samut Sakhon. Daripada 10,991 kes yang melanda negara, sebanyak 6,943 dilaporkan pulih termasuk 211 yang sembuh dalam tempoh…

Read More

Indonesia catat kes harian 11,278

JAKARTA 13 Jan. – Indonesia mencatatkan jumlah kes tertinggi jangkitan baharu Covid-19, selepas merekodkan 11,278 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 858,043 kes. Bagaimanapun kes pesakit sembuh pula merekodkan 7,657 kes yang membawa kepada jumlah kesembuhan kumulatif 703.464 orang. Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu meningkat kepada 24,951 orang. Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baharu. Ini…

Read More

12 minggu landaikan kes Covid-19

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan tempoh 12 minggu bagi mengawal semula kedudukan kes Covid-19 di negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkaan untuk melandaikan kes Covid-19 pula adalah pada bulan Mei depan. Katanya, sekurang -kurangnya empat minggu diperlukan bagi mengurangkan bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini kepada bawah 1,000 kes baharu sehari. “Pada hemat saya, dalam tempoh dua minggu kita tidak boleh mengurangkan namun boleh mengelakkan kes semakin bertambah,” katanya Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran Covid-19…

Read More

Kluster majlis kahwin di NS

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini, termasuk melibatkan kluster di sebuah pusat dialisis di Melaka dan penganjuran majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan kluster lain dikesan masing-masing dua di Selangor dan Kuala Lumpur, tiga di Johor dan masing-masing satu di Kelantan dan Kedah. Beliau berkata kluster di Melaka iaitu Kluster Dialisis Malim dikesan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah melibatkan kes indeks (kes ke-130982) yang dilaporkan positif pada 8 Jan hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat…

Read More

2,985 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 13 Jan. – Malaysia mencatatkan 2,985 jangkitan baharu pandemik Covid-19 bagi tempoh 24 jam dan menjadikan angka kumulatif kini sebanyak 144,518 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan daripada luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 32,377 kes. Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 563 kematian. Setakat ini, 197 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 79 pesakit memerlukan…

Read More

Filipina catat 492,700 kes positif

FILIPINA merekodkan 1,453 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang, 13 Januari menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 492,700.. Menurut Jabatan Kesihatan, daripada jumlah keseluruhan itu, 24,478 atau 5.0 peratus adalah kes aktif. Bagi kes kematian pula, sebanyak 146 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 9,699 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 458,523 atau 93.1 peratus termasuk 397 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Read More