Indonesia catat kes harian 11,278

JAKARTA 13 Jan. – Indonesia mencatatkan jumlah kes tertinggi jangkitan baharu Covid-19, selepas merekodkan 11,278 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 858,043 kes.

Bagaimanapun kes pesakit sembuh pula merekodkan 7,657 kes yang membawa kepada jumlah kesembuhan kumulatif 703.464 orang.

Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu meningkat kepada 24,951 orang.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baharu.

Ini diikuti Jawa Barat yang merekodkan 1,765 kes, Jawa Tengah 1,475, Jawa Timur  815 kasus dan Sulawesi Selatan menambahkan 648 kes.

Bagi kes sembuh, Jakarta mencatatkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,952 kes, diikuti Jawa Barat 1.068, Jawa Timur 745, Jawa Tengah 730 dan Sulawesi Selatan 524.

Sementara itu bagi pesakit meninggal dunia, Jawa Tengah menambah  94 pesakit dengan kumulatifnya 4,255 kes diikuti Jawa Timur 71 dan kumulatifnya 6,647, Jakarta 45, Lampung 17 dan Jawa Barat 11.

Related posts

Leave a Comment