50 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Bilangan pesakit Covid-19 yang discaj hari ini adalah 103, dua kali ganda berbanding 50 kes baharu yang dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj dari wad adalah sebanyak 3,452 kes iaitu 62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,532 kes.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini, beliau

berkata sehingga kini, 43 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Mengulas mengenai jumlah kes kematian, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan satu kes berkaitan Covid-19. 

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes iaitu 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. 

Kes kematian ke-93 (kes ke-5483) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April dan disahkan meninggal dunia pukul 9.15 pagi ini. 

Related posts

Leave a Comment