Kes harian Arab Saudi 97

RIYADH 8 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah kes di bawah 100 iaitu 97 . Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah kematian juga turut berkurangan dengan empat orang meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 363,582 dengan kematian pula seramai 6,282 orang dan kes aktif 2,092 di mana  309 kritikal. Pada masa yang sama, sebanyak 171 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pesakit pulih sebanyak 355,208 atau 97.69 peratus. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 46 diikuti Makkah 20 dan wilayah Timur sebanyak…

Read More

Kes harian Indonesia 10,617

JAKARTA 8 Jan. – Jangkitan harian Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 10,617 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding  9,321 kes yang dicatatkan semalam. Dengan pertambahan itu, jumlah kes keseluruhan yang dilaporkan republik itu setakat ini meningkat kepada 808,340 kes. Menurut data di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian turut meningkat iaitu 233 berbanding 224 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif 23,753 kematian. Bagi kes sembuh juga merekodkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini meningkat kepada 666,883 berbanding 659,437…

Read More

Sabah catat 401 kes baharu

KOTA KINABALU 8 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 401 kes, baharu menjadikan jumlah kumulatif 39,854 kes dengan empat kes kematian direkodkan iaitu dua di daerah Sandakan dan dua di Kota Kinabalu. Seramai 302 pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,448 orang. Sejumlah 2,506 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 696 orang di hospital dan 1,810 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Beluran berubah dari zon jingga…

Read More

Enam kluster baharu, 3 tamat

PUTRAJAYA 8 Jan. – Sebanyak 576 kluster dilaporkan termasuk enam hari ini tetapi  319 kluster telah tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba, Kluster Makmur, dan Kluster Tapak Bina Galeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes di mana yang tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes). Enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah: KLUSTER JALAN KLINIK…

Read More

Selangor terus mendahului

Selangor terus mendahului catatan kes Covid-19 diikuti Sabah dan Johor Selangor 487 kluster sedia ada 165 kluster baharu (Jalan Klinik, Bukit Belimbing dan Tapak Bina Hevea) 252 saringan kontak rapat 180 lain-lain saringan 2 import Sabah 21 kluster sedia ada 10 kluster baharu (Kauran) 256 saringan kontak rapat 114 lain-lain saringan Johor 126 kluster sedia ada 45 saringan kontak rapat 127 lain-lain saringan KL 31 kluster sedia ada 75 kluster baharu (Kapital & Setapak Indah) 75 saringan kontak rapat 101 lain-lain saringan Kedah 22 kluster sedia ada 19 saringan kontak…

Read More

2,643 kes baharu, 16 kematian

  PUTRAJAYA 8 Jan. –  Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 2,643 kes hari Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 131,108 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,140 kes dan daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan bakinya dalam negara sebanyak 2,641 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah warganegara Malaysia (63 peratus) dan 975 kes adalah bukan warganegara. Sebanyak 79 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap,…

Read More

PKP? Tunggu PM Isnin ini

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan sesuatu pada Isnin depan berhubung situasi semasa keadaan Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. “InsyaaAllah satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri pada Isnin bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan,” katanya ketika sidang media hari ini. Beliau berkata, kerajaan mengikuti rapat berhubung situasi harian Covid-19 dan akan terus mengkaji segala persiapan bagi mengawal penularan pandemik yang menimbulkan keresahan rakyat. Menurut Ismail Sabri, perkara itu termasuk untuk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor…

Read More

Anggota Kabinet letak jawatan

WASHINGTON: Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) Elaine Chao mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis, 7 Januari sebagai membantah rusuhan dan keganasan yang berlaku di bangunan Capitol. “Hari ini saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat berkuatkuasa pada Isnin, 11 Januari, 2021,” katanya melalui sepucuk surat kepada jabatan berkenaan yang turut dimuatnaik melalui Facebooknya. Beliau merupakan anggota Kabinet pertama dalam Pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan berikutan insiden pada Rabu lalu. “Semalam, negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong Presiden menyerbu Capitol. Saya…

Read More

PM Lee diberi suntikan vaksin

SINGAPURA 8 Jan. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech sekali gus menjadi anggota pertama Kabinet disuntik dengan vaksin Covid-19. Lee menerima suntikan itu bersama dengan kakitangan Hospital Besar Singapura (SGH) pada majlis pelancaran rasmi vaksinasi bagi kakitangan jagaan kesihatan. Institusi-institusi jagaan kesihatan awam termasuk hospital dan poliklinik akan mula memberi suntikan vaksin kepada kakitangan mereka mulai hari ini dan SGH menganggarkan sekitar 80 kakitangan akan disuntik pada hari pertama vaksinasi. Pelancaran itu dibuat selepas uji cuba berskala kecil di Pusat Nasional bagi…

Read More