Sabah catat 401 kes baharu

KOTA KINABALU 8 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 401 kes, baharu menjadikan jumlah kumulatif 39,854 kes dengan empat kes kematian direkodkan iaitu dua di daerah Sandakan dan dua di Kota Kinabalu.

Seramai 302 pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,448 orang.

Sejumlah 2,506 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 696 orang di hospital dan 1,810 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon jingga ke zon kuning manakala daerah Tenom bertukar dari zon jingga ke zon merah dan daerah Kuala Penyu berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, satu kluster baharu dilaporkan di daerah Keningau iaitu Kluster Kauran mencatatkan sebanyak 10 kes menjadikan jumlah kumulatif 55 kes.

Daripada 401 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 255 kes (63.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 72 kes (18%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 31 kes (7.7%), dan 43 kes (10.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 957 unit. Sementara, di PKRC adalah 5,570 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,527 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 37.72%.

Related posts

Leave a Comment