Anggota Kabinet letak jawatan

WASHINGTON: Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) Elaine Chao mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis, 7 Januari sebagai membantah rusuhan dan keganasan yang berlaku di bangunan Capitol.

“Hari ini saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat berkuatkuasa pada Isnin, 11 Januari, 2021,” katanya melalui sepucuk surat kepada jabatan berkenaan yang turut dimuatnaik melalui Facebooknya.

Beliau merupakan anggota Kabinet pertama dalam Pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan berikutan insiden pada Rabu lalu.

“Semalam, negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong Presiden menyerbu Capitol. Saya yakin ramai yang mengalami perkara sama, ia sangat mengganggu saya,” katanya.

Chao, 67 tahun, yang sudah berkhidmat sejak 2017 berbangga dapat berkhidmat dengan jabatan itu.

Related posts

Leave a Comment