Enam kluster baharu, 3 tamat

PUTRAJAYA 8 Jan. – Sebanyak 576 kluster dilaporkan termasuk enam hari ini tetapi  319 kluster telah tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba, Kluster Makmur, dan Kluster Tapak Bina Galeri.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes di mana yang tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes).

Enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER JALAN KLINIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 8 Januari, sejumlah 448 individu disaring, di mana 132 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA HEVEA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT BELIMBING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu disaring, di mana 33 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAURAN

Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAPITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 165 individu disaring, di mana 72 kes dikesan positif.

.

  • KLUSTER SETAPAK INDAH

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment