Darurat di Tokyo

TOKYO, 7 Jan. – Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga hari ini mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19. Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam. Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan.

Read More

108 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 7 Jan. – Arab Saudi merekodkan 108 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 363,485 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan 6,278 kematian. Bagi tempoh yang sama, kementerian melaporkan 138 kes pulih sekaligus meningkatkan jumlah kesembuhan kepada 355,037 kes Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan 48 kes diikuti Makkah 24 dan wilayah Timur 15 kes sementara kes aktif 2,170 di mana 328 kritikal. Sementara itu, Arab Saudi hari ini melancarkan ‘Pasport Kesihatan’ melalui aplikasi Tawakkalna. Pasport itu bagi memastikan setiap…

Read More

33 kes baharu Singapura

SINGAPURA 7 Jan. – Sebanyak 33 kes baharu Covif-19 dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, dua merupakan kes dalam kalangan masyarakat. Tiada kes jangkitan baharu di asrama pekerja asing. Baki 31 kes adalah kes import dan sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Kes import hari ini termasuk tujuh rakyat Singapura atau penduduk tetap dan 12 pembantu rumah asing.

Read More

1,353 kes baharu di Filipina

JABATAN Kesihatan Filipina merekodkan 1,353 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 482,083. Sebanyak sembilan lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 9,356 kematian.. Pada masa yang sama, 360 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 449,052 orang. Kes aktif pula sebanyak 23,675 atau 4.9 peratus daripada keseluruhan kes .

Read More

9,321 kes harian Indonesia

JAKARTA 7 Jan. – Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan merekodkan 9,321 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan kes positif keseluruhan meningkat kepada 797,723 kes manakala 68,753 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Sebanyak 224 kematian dilaporkan dan kumulatifnya kini mencapai 23,250 atau 2.9 peratus dari jumlah pesakit. Kes sembuh turut meningkat apabila merekodkan 6,924 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 659,437 atau 82.7 peratus. Provinsi Jakarta merekodkan 1,441 kes sembuh dengan kumulatifnya masih yang tertinggi dengan mencapai 176.736 kes. Di samoing itu Jakarta juga…

Read More

Thailand catat 305 kes baharu

BANGKOK 7 Jan. –  Thailand merekodkan 305 kes baharu dan satu lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 9,636 serta 67 kematian. Kematian baharu itu melibatkan lelaki warga emas rakyat tempatan berusia 88 tahun yang juga penghidap kanser. Dia dijangkiti Covid-19 menerusi anak lelakinya yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi di wilayah Rayong.   Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19  Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, 193 adalah jangkitan tempatan, 109 lagi dikesan menerusi pengesanan aktif di Samut Sakhon serta tiga kes import.  Ketika ini  5,115 pesakit…

Read More

Tolak Pejuang angkara politik?

PUTRAJAYA 7 Jan. – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan menolak pendaftaran Pejuang ada kaitan dengan pengaruh politik. Menurut beliau, Pejuang kerap berjumpa dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan mereka secara lisan menyatakan semuanya baik, namun, akan merujuk permohonan itu kepada menteri terlebih dahulu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut undang-undang, RoS berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan, namun dalam kes Pejuang perlu dibawa kepada menteri pula. “Ini makna proses administration (pentadbiran) sudah jadi perkara politik, melebihi peruntukan dan peraturan undang-undang.…

Read More

9 kluster baharu, 254 aktif

PUTRAJAYA 7 Jan. – Sembilan lagi kluster dilaporkan menjadikan 570 dengan 316 telah tamat termasuk tujuh yang tamat hari ini iaitu Kluster Cempaka, Kluster Hilir, Kluster Karamunting,  Kluster Lengkuk, Kluster Prestij, Kluster Sutera, dan Kluster Tapak Bina Sungai Udang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Bukit Pasir (779 kes), Kluster Dataran Utas (156 kes), dan Kluster Beringin (101 kes). Kementerian juga memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada…

Read More

Johor pula mendahului kes

JOHOR merekodkan 893 kes dari kluster sedia ada, 57 dari kluster baharu  (Senai Murni), 93 saringan kontak rapat, 57 lain-lain saringan dan tiga kes import. Selangor pula mencatatkan 168 kes dari kluster sedia ada, 64 kes dari kluster baharu (Damai Pelangi & Tapak Bina Hartamas), 332 kes saringan kontak rapat dan 142 lain-lain saringan Sabah merekodkan lapan kes dari kluster sedia ada, 363 dari saringan kontak rapat dan 122 lain-lain saringan.

Read More

246 hari tanpa kes tempatan

BRUNEI melaporkan satu lagi kes Covid-19 hari ini,  menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 173, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Dalam sidang media hari ini, beliau berkata kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura dengan penerbangan SQ148 pada 25 Disember 2020. Katanya, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan dan kini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan sementara pengesanan kontak sedang giat dijalankan. Beliau berkata dengan kes baharu itu, terdapat 21 kes aktif sedang menerima rawatan di mana satu kes ditempatkan…

Read More