9,321 kes harian Indonesia

JAKARTA 7 Jan. – Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan merekodkan 9,321 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan kes positif keseluruhan meningkat kepada 797,723 kes manakala 68,753 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Sebanyak 224 kematian dilaporkan dan kumulatifnya kini mencapai 23,250 atau 2.9 peratus dari jumlah pesakit.
Kes sembuh turut meningkat apabila merekodkan 6,924 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 659,437 atau 82.7 peratus.
Provinsi Jakarta merekodkan 1,441 kes sembuh dengan kumulatifnya masih yang tertinggi dengan mencapai 176.736 kes.
Di samoing itu Jakarta juga masih mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 197,699 kes, dengan tambahan 2,398 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 6,241, dengan 68 lagi kematian dalam tempoh sama.
Dalam pada itu, Presiden Indonesia Joko Widodo dalam siaran media menerusi YouTube Sekretariat Presiden, menyatakan kemungkinan untuk menguatkuasakan kembali pembatasan sosial berskala besar (PSBB) atau ‘lockdown’ sepenuhnya di seluruh Indonesia, jika kes baharu Covid-19 terus meningkat.
Ketika ini, PSBB fasa transisi (pemulihan) dilaksanakan di kebanyakan provinsi atau wilayah di Indonesia, yang antaranya membenarkan beberapa aktiviti sosioekonomi dijalankan, selain membenarkan orang ramai merentasi wilayah.

Related posts

Leave a Comment