246 hari tanpa kes tempatan

BRUNEI melaporkan satu lagi kes Covid-19 hari ini,  menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 173, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura dengan penerbangan SQ148 pada 25 Disember 2020.

Katanya, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan dan kini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan sementara pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

Beliau berkata dengan kes baharu itu, terdapat 21 kes aktif sedang menerima rawatan di mana satu kes ditempatkan di unit penjagaan intensif manakala selebihnya dalam keadaan baik.

Menurut beliau dengan kes baharu itu, setakat ini 32 kes import direkodkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020.

“Dengan ini juga negara Brunei Darussalam telah mencatatkan 246 hari tanpa kes jangkitan tempatan Covid-19,” katanya.

Ketika ini,  700 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba dari luar negara sementara 10,765 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment