Darurat di Tokyo

TOKYO, 7 Jan. – Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga hari ini mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan.

Related posts

Leave a Comment