9 kluster baharu, 254 aktif

PUTRAJAYA 7 Jan. – Sembilan lagi kluster dilaporkan menjadikan 570 dengan 316 telah tamat termasuk tujuh yang tamat hari ini iaitu Kluster Cempaka, Kluster Hilir, Kluster Karamunting,  Kluster Lengkuk, Kluster Prestij, Kluster Sutera, dan Kluster Tapak Bina Sungai Udang.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Bukit Pasir (779 kes), Kluster Dataran Utas (156 kes), dan Kluster Beringin (101 kes).

Kementerian juga memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SENAI MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 190 individu disaring, di mana 66 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA HARTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 205 individu disaring, di mana 48 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAMAI PELANGI

Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 871 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN IPOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 570 individu disaring, di mana 98 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER RUNGKUP

Kluster ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114459) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 67 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DESA SETAPAK

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116076) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 25 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JAYA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114380) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 45 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ZIARAH PUTRA

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120815) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 29 individu disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KERANJI TABUAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122776) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment