Singapura catat 31 kes baharu

SINGAPURA 6 Jan. – Satu daripada 31 kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan lelaki warga Korea yang didapati positif Covid-19 dengan jenis varian yang sedang menular di United Kingdom (UK). Menurut Kementerian Kesihatan, salah satu kes tempatan itu adalah individu berusia 24 tahun, pekerja penghantar makanan yang dibekal bagi kru pesawat dan tetamu hotel di restoran Azur, Crowne Plaza Changi Airport. Bagaimanapun lelaki itu dilaporkan tidak berinteraksi bersama pelanggan di Azur. Singapura hari ini mencatatkan 31 kes Covid-19 baharu dengan 29 kes import dan dua tempatan . Bagi  29 kes…

Read More

Saudi catat 118 kes baharu

RIYADH 6 Jan. – Arab Saudi hari ini melaporkan 118 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah yang dijangkiti meningkat kepada 363,377 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak tujuh lagi  pesakit yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia sekaligus membawa kepada 6,272 kematian. Bagi tempoh yang sama, 144 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 354,899 orang atau 97.66 peratus. Daripada 118 kes baharu itu, Riyadh mencatatkan 43 kes, diikuti Makkah 38 dan wilayah Timur 14 kes. Sebanyak 2,206 kes aktif di mana 351 kritikal.

Read More

Jumlah kes Thailand kini 9,311

BANGKOK 6 Jan. –  Thailand mencatatkan 365 kes Covid-19 baharu dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu 9,311 kes dengan 66 kematian. Kes kematian melibatkan seorang lelaki warga Thai berusia 63 tahun, seorang pemandu feri yang membawa pekerja asing di Samut Sakhon. Lelaki itu meninggal dunia tengah hari Selasa akibat kegagalan pelbagai organ dalaman. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 365 kes baharu , 349 merupakan jangkitan tempatan yang melibatkan 250 masyarakat tempatan dan 99 pekerja migran manakala 16 kes import iaitu mereka…

Read More

Indonesia rekod 8,854 kes

JAKARTA 6 Jan. – Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 788,402 kes. Sementara kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan adalah 112,593 kes manakala sebanyak 187 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kini berjumlah 23,296 orang. Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,402 kes dengan jumlah kumulatifnya juga masih yang tertinggi iaitu 195.301 kes. Jawa Barat pula merekodkan 1,470 kes dan kumulatifnya mencapai 91.131 kes manakala…

Read More

Sabah catat 405 kes positif

KOTA KINABALU 6 Jan. – Sabah hari ini merekodkan 405 kes positif Covid-19  menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,960 kes dengan dua kematian masing-masing satu kes di daerah Putatan dan Kudat. Pada masa yang sama, seramai 192 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,936 orang. Sejumlah 2,310 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 668 orang di hospital dan 1,642 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19  dalam  ICU  ialah  60  orang  dan  19  orang  pula memerlukan alat bantuan pernafasan. Sementara itu daerah Nabawan berubah dari…

Read More

Jumlah kluster tertinggi

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan 13 kluster baharu, iaitu kluster harian tertinggi setakat ini, dengan 10 daripadanya melibatkan tempat kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kluster itu ialah Kluster Dataran Utas, Kluster Casa Permai, Kluster Firma, Kluster Persiaran Teknologi, Kluster Bersepadu, Kluster Jalan Padu, Kluster Kampung Pitas, Kluster Ikan Emas, Kluster Kayuh dan Kluster Jalan Seputeh. Menurut beliau, kluster tersebut dikenal pasti melalui saringan bersasar yang dijalankan di tempat kerja terbabit selain saringan individu bergejala serta kontak rapat.  “Kluster Dataran Utas melibatkan daerah Petaling, Selangor dengan kes dilapor positif COVID-19 hari ini melalui…

Read More

Kes harian Selangor 965

SELANGOR hampir mencecah 1,000 kes jangkitan harian apabila merekodkan 965 kes diikuti Johor 571 kes dan Sabah 405 kes. Kes di Selangor melibatkan 605 kes dari kluster sedia ada, 124 dari kluster baharu (Dataran Utas, Casa Permai, Medan Jasa & Tasik Utama), 165 saringan kontak rapat, 70 lain-lain saringan dan satu kes import. Johor pula merekodkan 388 kluster sedia ada, 88 kluster baharu (Firma, Persiaran Teknologi, Bersepadu & Jalan Padu), 45 saringan kontak rapat, 48 lain-lain saringan dan dua kes import. Sabah pula mencatatkan enam kes dari kluster sedia ada,…

Read More

Kes baharu 2,593 positif

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif Covid-19 meningkat kepada 125,438 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,589 kes merupakan penularan dalam negara dan empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 24,347 kes. Dr Noor Hisham turut memaklumkan, bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,129 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya  sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus…

Read More

Silap perhitungan UMNO dihukum lagi

SIAPAKAH yang menjadi punca kemelut politik negara sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu? Parti pembangkang atau kerajaan? Nampaknya tidak ada kesudahan. Di mana silapnya pemimpin politik kita sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19? Masing-masing masih bergelut dengan kuasa dan takhta sama ada yang sudah menjadi kerajaan atau pembangkang. Dua kali lima. Pi mai pi mai tang tu. Jika begini situasinya, mungkin lebih baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diberi mandat dapat meneruskan pentadbiran negara. Malangnya kerajaan PH juga terikat dengan…

Read More