Kes baharu 2,593 positif

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif Covid-19 meningkat kepada 125,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,589 kes merupakan penularan dalam negara dan empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 24,347 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,129 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya  sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 513 kes.

Sehingga kini juga, terdapat 141 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Related posts

Leave a Comment