Indonesia rekod 8,854 kes

JAKARTA 6 Jan. – Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 788,402 kes.

Sementara kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan adalah 112,593 kes manakala sebanyak 187 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kini berjumlah 23,296 orang.

Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,402 kes dengan jumlah kumulatifnya juga masih yang tertinggi iaitu 195.301 kes.

Jawa Barat pula merekodkan 1,470 kes dan kumulatifnya mencapai 91.131 kes manakala Jawa Tengah 1,023 kes, Jawa Timur 845 dan Sulawesi Selatan 463 kes.

Bagi kes kematian pula, Jawa Timur mencatatkan jumlah keseluruhan tertinggi iaitu 6,173 dengan tambahan 54 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Jawa Tengah mencatatkan 48 kematian, Lampung 17, Jakarta 16 dan Jawa Barat 11.

Sementara bagi kes sembuh pula, sebanyak 6,767 orang pesakit pulih menjadikan angka kesembuhan 652,513 kes dengan Jawa Barat 1.363 kes diikuti Jakarta 1.063 kes, Jawa Tengah 1.013, Jawa Timur  699 dan Sulawesi Selatan 442 kes.

Related posts

Leave a Comment