KOTA KINABALU 6 Jan. – Sabah hari ini merekodkan 405 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,960 kes dengan dua kematian masing-masing satu kes di daerah Putatan dan Kudat.
Pada masa yang sama, seramai 192 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,936 orang.
Sejumlah 2,310 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 668 orang di hospital dan 1,642 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu daerah Nabawan berubah dari zon hijau ke zon kuning manakala
satu kluster baharu dilaporkan di daerah Tawau iaitu Kluster Kampung Pitas mencatatkan sebanyak 65 kes menjadikan jumlah kumulatif 72 kes.
Kluster ini berkaitan dengan saringan tempat kerja di sebuah kilang kayu.
Daripada 405 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 242 kes (59.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada tiga 70 kes (17.3%), saringan bergejala 48 kes (11.9%), dan 45 kes (11.1%) adalah dari lain-lain kategori.
Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 957 unit. Sementara, di PKRC adalah 5,537 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,494 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 35.57%.
