Jumlah kes Thailand kini 9,311

BANGKOK 6 Jan. –  Thailand mencatatkan 365 kes Covid-19 baharu dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu 9,311 kes dengan 66 kematian.

Kes kematian melibatkan seorang lelaki warga Thai berusia 63 tahun, seorang pemandu feri yang membawa pekerja asing di Samut Sakhon. Lelaki itu meninggal dunia tengah hari Selasa akibat kegagalan pelbagai organ dalaman.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 365 kes baharu , 349 merupakan jangkitan tempatan yang melibatkan 250 masyarakat tempatan dan 99 pekerja migran manakala 16 kes import iaitu mereka yang tiba dari luar negara.

Kes harian tertinggi direkodkan di Chon Buri diikuti Samut Prakan, Chanthaburi dan Bangkok.

Sementara itu, Thailand meningkatkan pengesanan kes aktif (ACD) di Samut Sakhon di mana penularan semasa bermula sebagai satu gelombang baharu, yang menyumbang kepada kes baharu harian tiga digit di negara itu.

Pihak berkuasa kesihatan awam akan melakukan 15 ke 20 ACD di pelbagai lokasi termasuk kilang, pasar dan juga rumah pangsa dan apartment setiap hari.

Kira-kira 1,000 orang termasuk pekerja asing dan pekerja kilang akan menjalani pengesanan kes aktif Covid-19 setiap hari di Samut Sakhon.

Terdapat lebih 10,000 kilang di wilayah itu, kebanyakan mempunyai kurang 100 pekerja.

Related posts

Leave a Comment