Jumlah kluster tertinggi

PUTRAJAYA 6 Jan. – Malaysia merekodkan 13 kluster baharu, iaitu kluster harian tertinggi setakat ini, dengan 10 daripadanya melibatkan tempat kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kluster itu ialah Kluster Dataran Utas, Kluster Casa Permai, Kluster Firma, Kluster Persiaran Teknologi, Kluster Bersepadu, Kluster Jalan Padu, Kluster Kampung Pitas, Kluster Ikan Emas, Kluster Kayuh dan Kluster Jalan Seputeh.

Menurut beliau, kluster tersebut dikenal pasti melalui saringan bersasar yang dijalankan di tempat kerja terbabit selain saringan individu bergejala serta kontak rapat. 

“Kluster Dataran Utas melibatkan daerah Petaling, Selangor dengan kes dilapor positif COVID-19 hari ini melalui saringan bersasar di sebuah syarikat dan hingga kini sejumlah 66 kes dikesan positif.

“Kluster Casa Permai juga melibatkan daerah Petaling, Selangor dengan kes dilapor positif COVID-19 bermula 31 Dis lepas melalui saringan bersasar di sebuah pasar raya dan kini 109 kes dikesan positif,” katanya

Related posts

Leave a Comment