Singapura catat 31 kes baharu

SINGAPURA 6 Jan. – Satu daripada 31 kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan lelaki warga Korea yang didapati positif Covid-19 dengan jenis varian yang sedang menular di United Kingdom (UK).

Menurut Kementerian Kesihatan, salah satu kes tempatan itu adalah individu berusia 24 tahun, pekerja penghantar makanan yang dibekal bagi kru pesawat dan tetamu hotel di restoran Azur, Crowne Plaza Changi Airport.

Bagaimanapun lelaki itu dilaporkan tidak berinteraksi bersama pelanggan di Azur.

Singapura hari ini mencatatkan 31 kes Covid-19 baharu dengan 29 kes import dan dua tempatan . Bagi  29 kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Mereka termasuk tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan 12 pembantu rumah asing.

Lelaki Korea itu, pemegang permit kerja yang diuji positif semasa Pengujian Rutin Dijadual pada 2 Januari dan diuji lagi pada 4 Januari yang pada hari sama mulai menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut (ARI).

Keputusan ujiannya didapati positif Covid-19 pada 5 Januari dan beliau dibawa ke Pusat bagi Penyakit Berjangkit di mana ujian serologikalnya disahkan negatif.

Ujian awal juga mendapati beliau positif B117, iaitu varian Covid-19 yang sedang menular di UK dan pengesahan lanjut sedang dinantikan.

Kes kedua dalam masyarakat pula melibatkan lelaki warga Filipina, 31 tahun, yang tiba dari Filipina pada 4 Disember dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sehingga 18 Disember.

Keputusan ujian yang diambil beliau sebelum berangkat dari Filipina pada 1 Disember disahkan negatif, malah ujian semasa menjalani SHN pada 14 Disember juga negatif.

Pemegang permit kerja itu bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) tetapi sebelum mula bekerja, lelaki Filipina itu menjalani ujian Covid-19 pada 5 Januari meskipun beliau tidak menghidap simptom.

Keputusan ujiannya didapati positif dan dia dibawa ke SGH dengan ambulans.

 

 

Related posts

Leave a Comment