30 kes tahun baharu Singapura

SINGAPURA 1 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 30 kes baharu Covid-19 iaitu 27 kes import dan tiga tempatan setakat tengah hari Ini. Kes import melibatkan lima rakyat Singapura dan penduduk tetap yang pulang dari Indonesia, India dan Myanmar dan lima lagi pemegang pas kerja yang tiba dari UAE dan India. Sebanyak 16 kes import lagi adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia, India, Myanmar dan Filipina dengan 14 daripada mereka adalah pekerja domestik asing. Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk…

Read More

Thailand catat 279 kes, 2 maut

BANGKOK 1 Jan – Thailand mencatatkan 279 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan 7,163 kes dengan 63 kematian setakat ini. Jurucakap Pusat Pentabiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, 273 adalah jangkitan tempatan manakala enam dikesan di pusat kuarantin alternatif negara (ASQ). Beliau berkata seorang lelaki berumur 44 tahun yang mengunjungi sebuah pusat hiburan di Bangkok didapati mengalami gejala Covid-19 dan meninggal dunia di sebuah hospital semalam. Katanya seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dari Wilayah Tak yang menyeberangi sempadan dari Myanmar secara…

Read More

137 kes positif di Arab Saudi

RIYADH 1 Jan. – Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 137 kes jangkitan baharu Covid -19 dengan jumlah kematian pula sebanyak tujuh orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 setakat ini adalah 362,878 dengan 6,230 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 354,081 pesakit pulih atau 97.57 peratus. Sementara itu daripada 137 kes baharu, Riyadh merekodkan 41 kes jangkitan diikuti Makkah 34 dan wilayah Timur 11 kes. Kes aktif pula 2,567 di mana 362 kritikal.

Read More

Indonesia catat 8,072 kes

JAKARTA 1 Jan. – Hari pertama tahun 2021, Indonesia merekodkan 8,072 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 751,270 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 111,005. Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,956 dan kumulatifnya 185.691 kes diikuti Jawa Barat merekodkan 1,504, Jawa Tengah 897, Jawa Timur pula 887 dan Sulawesi Selatan 550. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan catatan terkini 617,936 termasuk kes sembuh hari ini 6,839 pesakit. Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 1,649 diikuti Jawa Barat 1,210,  Jawa Timur 803, Jawa Tengah 570 dan Sulawesi Selatan 505…

Read More

Tiga lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 1 Jan. – Tiga lagi kluster dilaporkan menjadikan jumlah 514 kluster di mana 290 termasuk empat kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Dalam, Kluster Chengal, Kluster Penjara Reman, dan Kluster Avenue. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 224 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (153 kes), Kluster Rawa Akasia (110 kes) dan Kluster Tapak Bina Residen (91 kes). Tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti…

Read More

2,068 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 1 Jan. – Sebanyak 2,068 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 115,078 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 23,433 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tiga kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 474 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan…

Read More

PKPD di dua lokaliti

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Dua lokaliti di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 15 Jan 2021, selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di asrama pekerja. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu masing-masing adalah Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai. Beliau berkata PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni dan kesemuanya adalah pekerja warga asing. Manakala Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 masing-masing melibatkan dua dan lima blok bangunan, yang…

Read More

Sambung akibat kes meningkat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai hari ini hingga 31 Mac depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes Covid-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. “Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Peningkatan kes disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing yang dijalankan secara besar-besaran dan juga akibat berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan, terutamanya di Lembah…

Read More