Tiga lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 1 Jan. – Tiga lagi kluster dilaporkan menjadikan jumlah 514 kluster di mana 290 termasuk empat kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Dalam, Kluster Chengal, Kluster Penjara Reman, dan Kluster Avenue.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 224 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (153 kes), Kluster Rawa Akasia (110 kes) dan Kluster Tapak Bina Residen (91 kes).

Tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER RAWA AKASIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan  di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100149) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 322 individu disaring, di mana 117 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106412) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 95 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RANTAU SEMARAK

Kluster ini melibatkan daerah Maran di Pahang dan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106636) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 69 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment