Indonesia catat 8,072 kes

JAKARTA 1 Jan. – Hari pertama tahun 2021, Indonesia merekodkan 8,072 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 751,270 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 111,005.

Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,956 dan kumulatifnya 185.691 kes diikuti Jawa Barat merekodkan 1,504, Jawa Tengah 897, Jawa Timur pula 887 dan Sulawesi Selatan 550.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan catatan terkini 617,936 termasuk kes sembuh hari ini 6,839 pesakit.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 1,649 diikuti Jawa Barat 1,210,  Jawa Timur 803, Jawa Tengah 570 dan Sulawesi Selatan 505 kes.

Sebanyak 191 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,329 kematian.

Kematian tertinggi direkodkan di Jawa Timur dengan 73 orang, Jawa Tengah 38, Jakarta 20, Yogyakarta 13, Kalimantan Timur 12  Jawa Barat tiga.

Sementara itu semalam, Kementerian Kesihatan Indonesia mula mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) secara serentak kepada seluruh penerima vaksin Covid-19 yang telah mendaftar pada tahap pertama.

Bagi peringkat pertama, penerima vaksin adalah 1,319 juta tenaga kerja barisan hadapan.

Related posts

Leave a Comment