PKPD di dua lokaliti

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Dua lokaliti di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 15 Jan 2021, selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di asrama pekerja.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu masing-masing adalah Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai.

Beliau berkata PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni dan kesemuanya adalah pekerja warga asing.

Manakala Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 masing-masing melibatkan dua dan lima blok bangunan, yang menempatkan 4,444 penghuni dan kesemuanya juga adalah pekerja warga asing.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada Jumaat 1 Januari melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 di Asrama Pekerja Kejora Juara dan sehingga 31 Disember  2020, sebanyak 338 ujian saringan telah dilaksanakan dengan 212 kes positif direkodkan.

Related posts

Leave a Comment