137 kes positif di Arab Saudi

RIYADH 1 Jan. – Dalam tempoh 24 jam, Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 137 kes jangkitan baharu Covid -19 dengan jumlah kematian pula sebanyak tujuh orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 setakat ini adalah 362,878 dengan 6,230 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 354,081 pesakit pulih atau 97.57 peratus.

Sementara itu daripada 137 kes baharu, Riyadh merekodkan 41 kes jangkitan diikuti Makkah 34 dan wilayah Timur 11 kes.

Kes aktif pula 2,567 di mana 362 kritikal.

Related posts

Leave a Comment