30 kes tahun baharu Singapura

SINGAPURA 1 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 30 kes baharu Covid-19 iaitu 27 kes import dan tiga tempatan setakat tengah hari Ini.

Kes import melibatkan lima rakyat Singapura dan penduduk tetap yang pulang dari Indonesia, India dan Myanmar dan lima lagi pemegang pas kerja yang tiba dari UAE dan India.

Sebanyak 16 kes import lagi adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia, India, Myanmar dan Filipina dengan 14 daripada mereka adalah pekerja domestik asing.

Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk menziarahi anaknya yang merupakan seorang rakyat Singapura. 

Dua daripada kes tempatan ada kaitan dengan kelompok keluarga yang bekerja dalam sektor marin.  Kes pertama itu adalah anggota keluarga malim pelabuhan PSA Marine yang dilaporkan positif pada 31 Disember.

Satu lagi kes,  Kes 58870, melibatkan pelajar Sekolah Perempuan Raffles (RGS) yang berusia 14 tahun, rakan kepada satu kes Covif-19 sebelum ini yang juga pelajar RGS.

Pelajar RGS pertama diuji positif pada 31 Disember selepas anggota keluarganya – juruukur marin di Llyod’s Register Singapore – diuji positif.

Kes 58870 menziarahi rakannya di rumah rakan itu buat beberapa jam pada 27 Disember dimana ketika itu juruukur marin berkenaan juga hadir.

Budak perempuan itu dikenal pasti sebagai kontak rapat pada 29 Disember dan dikuarantin.

Kes tempatan ketiga adalah warga Jepun berusia 53 tahun yang merupakan pemegang pas kerja yang tidak menunjukkan simptom serta tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Dia tiba ke Singapura dari Jepun pada 26 November dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus sehingga 10 Disember.

Ujian sebelum berangkat diambil pada 24 November menunjukkan dia negatif jangkitan Covid-19 dan ujian pada 6 Disember semasa menjalani SHN juga negatif.

Jangkitan itu kemudian dikesan semasa dia mengambil ujian Covid-19 sebelum berangkat pada 31 Disember sebagai proses kepulangannya ke Jepun.

Hasil ujian itu didapati positif dan dia dibawa ke NCID pada hari seterusnya.

Ujian serologinya positif. Dia bekerja di Kurosawa & Partners yang terletak di 18 Robinson Road tetapi bekerja dari rumah di Rochor Road.

Related posts

Leave a Comment