3,573 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA 31 Dis. – Sebanyak 3,573 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, membabitkan 3,521 kes atau 98.5 peratus pesakit kategori 1 dan 2 manakala bakinya kategori 3, 4 serta 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,758,086, manakala 3,988 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif 2,685,378.

Menurut beliau, sebanyak 343 kes Covid-19 hari ini adalah import dan bakinya 3,230 lagi kes tempatan.

Sebanyak 269 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan  217 kes disahkan Covid-19, 52 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 163 kes iaitu 83 kes disahkan Covid-19, 80 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Lima kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah kluster sebanyak 6,128. Daripada jumlah itu, 5,911 kluster tamat dan kluster aktif 217.

Related posts

Leave a Comment