Rekod harian tertinggi di UK

LONDON: United Kingdom mencatat 189,213 kes baharu Covid-19 pada Khamis, 30 Disember, rekod tertinggi bagi negara itu, dengan 332 kematian.

Menurut data kerajaan, jumlah itu naik dari 183,037 pada Rabu disebabkan varian Omicron yang semakin menular. 

Walaupun kerajaan menyifatkan Omicron sebagai lebih ringan, ia juga lebih mudah berjangkit dan kes jangkitan yang melonjak menyebabkan pelbagai gangguan termasuk syarikat kereta api membatalkan khidmat akibat kekurangan kakitangan.

Begitu juga pembatalan permainan bola sepak EPL. 

Data berasingan juga menunjukkan bahawa jumlah katil hospital untuk pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 naik lebih 4,000 dari minggu lepas ke 11,452 minggu ini. 

Penyedia maklumat menyatakan angka harian kematian iaitu 332, adalah lonjakan tertinggi dari 57 kematian yang dicatat pada 29 Disember termasuk bagi tempoh 24 sehingga 29 Disember yang tidak dicatatkan dengan betul semasa musim perayaan.

Sementara itu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) membina struktur sementara di hospital di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan lonjakan pesakit Covid-19.

Pegawai Kesihatan Awam berpendapat jumlah jangkitan yang banyak boleh menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital dan kematian.

NHS akan mula menubuhkan “hab lonjakan” minggu ini di lapan hospital di sekitar England, setiap satu dengan kapasiti untuk merawat kira-kira 100 pesakit.

Kakitangan sedang menyediakan rancangan untuk menyediakan sebanyak 4,000 katil sekiranya ia diperlukan.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai kekurangan doktor dan bilangan kakitangan yang tinggi diuji positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment