KUALA LUMPUR 7 Sept. – Malaysia dan Indonesia masing-masing bertekad untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala di antara kedua-dua negara, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto,turut menegakkan tekad untuk mengukuh dan menjamin jalinan kerjasama serantau ASEAN.
Komitmen itu dinyatakan Anwar susulan pertemuan beliau bersama Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto petang tadi.
“Ketemu sahabat karib saya, Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, petang tadi.
“Kami menyentuh beberapa perkara yang melibatkan kepentingan bersama, yang paling penting adalah tekad kami untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala di antara dua negara bersahabat,” katanya melalui hantaran di Facebook.
Perdana Menteri juga memaklumkan beliau turut berbesar hati menerima undangan Prabowo ke majlis pelantikan Presiden Indonesia yang akan diadakan pada 20 Oktober depan di Jakarta.
Ini lawatan kedua Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029, dengan kali pertama di mana beliau turut melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar pada April lalu.
Nnn
